More

    India bakal jadi hab utama pengeluaran iPhone untuk AS

    Apple merancang untuk memindahkan sepenuhnya pengeluaran iPhone untuk pasaran Amerika Syarikat ke India, menurut laporan Reuters. Langkah ini diambil susulan ketegangan perdagangan berterusan antara Amerika Syarikat dan China di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.

    Usaha Apple untuk mengurangkan kebergantungan kepada China sebenarnya telah bermula sejak tahun 2017 apabila syarikat itu dan rakan pengeluar Wistron mula menghasilkan iPhone 6s dan iPhone SE di kilang yang terletak di Bengaluru, India.

    Pada tahun 2024, sekitar 14% daripada semua iPhone di seluruh dunia telah dihasilkan di India dan angka ini dijangka meningkat kepada 25% menjelang akhir tahun ini. Apple menyasarkan untuk menggandakan pengeluaran di India bagi memenuhi permintaan lebih 60 juta unit iPhone yang dijual di Amerika Syarikat setiap tahun menjelang hujung 2026.

    Langkah ini turut dipengaruhi oleh kadar tarif tinggi terhadap barangan dari China termasuk kemungkinan tarif setinggi 145% ke atas produk import. Walaupun ada usaha untuk mendapatkan pengecualian, Apple tetap berdepan tarif sebanyak 20% yang sudah dikenakan sebelum ini.

    India turut dikenakan tarif 26%, namun kerajaan New Delhi kini sedang dalam rundingan bersama Amerika Syarikat untuk mencapai perjanjian perdagangan baharu dalam tempoh 90 hari. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured