More

    Netflix kini paparkan sari kata untuk dialog tanpa suara

    Kebanyakan orang menonton rancangan dengan sari kata hampir setiap masa dan trend ini turut dilihat di Netflix walaupun di Amerika Syarikat (AS). Hampir separuh daripada jumlah jam tontonan di AS menggunakan sari kata atau kapsyen.

    Untuk meningkatkan pengalaman ini, Netflix memperkenalkan pilihan baru bersempena musim terakhir YOU dengan sari kata dalam bahasa asal memaparkan dialog tanpa bunyi seperti telefon bergetar atau nama watak yang sebelum ini hanya terdapat dalam pilihan Subtitles for the Deaf and Hard of Hearing (SDH/CC).

    Bermula dengan YOU Musim 5, penonton akan melihat dua pilihan sari kata dalam Bahasa Inggeris (yang hanya memaparkan dialog) dan English (CC) yang memaparkan dialog bersama penerangan bunyi. Pilihan baru ini juga akan diperluaskan kepada semua karya asli Netflix yang baru dalam semua bahasa yang ditawarkan di samping pilihan SDH/CC sedia ada.

    Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyesuaikan sari kata dengan mengubah saiz dan jenis tulisan mengikut citarasa anda. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Netflix

     

    Artikel Terkini

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured