More

    Gambar bayangan peranti HUAWEI dengan skrin ultra melengkung, adakah HUAWEI Mate 40?

    Terdahulu, terdapat sumber yang menyatakan bahawa HUAWEI mempatenkan rekaan terbaru peranti dengan teknologi kamera di bawah paparan bersama paparan ultra melengkung penuh. Terkini, seorang penggiat teknologi telah mengongsikan rekaannya berdasarkan berita paten tersebut.

    Sebenarnya sumber terdahulu telah memuat naik perkongsian gambar paten tersebut. Namun, perkongsian gambar rekaan kali ini benar-benar memberi bayangan jelas walaupun ianya sekadar berasaskan paten.

    Jika melihat kepada rekaan panel belakangnya, mungkinkah ini adalah HUAWEI Mate 40? Bukan sekadar skrin penuh ultra melengkung yang memukau dengan ketiadaan takuk pada skrin, tetapi ketiadaan butang fizikal pada sisi peranti juga merupakan salah satu khabar yang hadir bersama paten paparan.

    Apa pun, kesemua gambar ini adalah gambar rekaan sahaja berdasarkan paten untuk membantu anda membayangkannya, ianya bukan berita rasmi. Adakah anda juga fikir ia adalah HUAWEI Mate 40? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...