More

    CMF lancarkan tiga varian Buds 2 untuk pasaran Malaysia, bermula RM159

    Selain melancarkan telefon pintar CMF Phone (2) Pro pada hari ini, CMF by Nothing turut melancarkan tiga model fon telinga wayarles baharu iaitu CMF Buds 2, CMF Buds 2 Plus dan CMF Buds 2a. Ketiga-tiga produk ini menawarkan kualiti audio yang bagus pada harga mampu milik.

    CMF Buds 2 mempunyai talaan (tuning) Dirac Opteo, pembatalan hingar aktif (ANC) sehingga 48dB dan efek audio ruangan (Spatial Audio Effect) bagi menghasilkan pengalaman audio yang tinggi dan dinamik. Ia dijual pada harga RM199 dan ditawarkan dalam pilihan warna kelabu gelap, hijau muda dan oren.

    CMF Buds 2

    Untuk mereka yang inginkan varian yang lebih mampu milik, CMF Buds 2a mempunyai rekaan yang ringan, pembatalan ANC sehingga 42dB, pemacu bio-fibre 12.4mm dan bass yang dalam, bagi menghasilkan pengalaman audio yang seimbang untuk sepanjang hari. Ia dijual pada harga RM159 dan ditawarkan dalam pilihan warna kelabu gelap, hijau muda dan oren.

    CMF Buds 2 Plus pula adalah varian yang paling mahal dalam siri ini. Ia dilengkapi Hi-Res LDAC, hearing compensation dan pelarasan EQ penuh untuk hasilkan pengalaman audio yang unik untuk citarasa anda. Ia dijual pada harga RM229 dan ditawarkan dalam pilihan warna biru dan kelabu muda.

    CMF Buds 2 Plus

    CMF Buds 2 dan Buds 2a boleh dibeli secara dalam talian dan di kedai-kedai pengedar sah, namun CMF Buds 2 Plus hanya boleh dibeli secara dalam talian sahaja. Untuk pembelian dalam talian, ia boleh didapati di laman web Nothing, Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon telinga ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured