More

    REDMAGIC 10 Air bakal dilancar secara rasmi di Malaysia, tempahan bermula 5 Mei ini

    REDMAGIC mengumumkan pembukaan tempahan untuk telefon gaming terbaharunya, REDMAGIC 10 Air yang menfokuskan kepada peminat permainan mudah alih yang inginkan prestasi tinggi dalam rekaan yang nipis dan ringan. Ia adalah telefon paling ringan REDMAGIC setakat ini dengan ketebalan hanya 7.85mm dan berat 205g.

    Badannya dibina daripada logam matte dengan pencahayaan RGB tersuai lengkap dengan butang bahu sensitif untuk kawalan ketika bermain. REDMAGIC 10 Air dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3 dan disokong oleh cip tambahan RedCore R3 untuk fungsi gaming seperti bunyi, getaran dan cahaya agar cip utama kekal fokus pada prestasi.

    Ia juga menyokong AI generatif dan pemprosesan pintar. Paparan menggunakan AMOLED 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan sentuhan sepantas 2000Hz. Tambahan, terdapat sistem penyejukan 9 lapisan dengan logam cecair untuk membantu kekalkan suhu optimum ketika sesi gaming panjang.

    Telefon ini dilengkapi bateri 6,000mAh, pengecasan pantas 80W dan kamera dwi 50MP. Google Gemini AI turut hadir untuk fungsi pintar harian seperti terjemahan dan penjanaan kandungan. REDMAGIC 10 Air ditawarkan dalam dua pilihan varian untuk tempahan dari 5 Mei hingga 31 Mei 2025.

    Varian pertama dengan konfigurasi RAM 12GB dan storan 256GB dijual pada harga promosi RM2,699 (harga asal RM3,199) dan turut disertakan dengan hadiah percuma REDMAGIC Cooler 6 Air yang bernilai RM199. Sementara itu, varian kedua dengan RAM 16GB RAM dan storan 512GB ditawarkan pada harga RM3,299 (harga asal RM4,099).

    Tawaran masa terhad ini akan tersedia di kedai rasmi REDMAGIC di Shopee, Lazada, TikTok dan laman web. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured