More

    Meta lancarkan aplikasi Meta AI, platform media sosial khas untuk ciptaan AI anda

    Dalam sebuah acara kecerdasan buatan (AI) yang dianjurkan oleh Meta pada hari ini, syarikat itu melancarkan aplikasi Meta AI yang akan bersaing dengan perkhidmatan pembantu AI lain seperti ChatGPT dan Google Gemini.

    Seperti aplikasi AI lain, pengguna boleh bercakap kepadanya, jana imej dan dapatkan maklumat terkini daripada laman web. Satu perkara yang memisahkan Meta AI daripada aplikasi lain adalah ia mempunyai ciri Discover, di mana pengguna boleh lihat kata arahan (prompts) daripada pengguna lain, kemudian anda boleh tinggalkan komen, kongsi atau ubahsuai arahan tersebut.

    Antara muka Meta AI
    Ciri Discover dalam Meta AI
    Contoh perkongsian dalam ciri Discover dalam aplikasi Meta AI

    Meta juga mengatakan aplikasi ini lebih diperibadikan kepada anda, jika ia mempunyai data peribadi yang cukup daripada profil Facebook dan Instagram. Ini bermaksud sebarang keputusan yang terhasil daripada kata arahan anda akan lebih dipadankan dengan personaliti anda, berbanding aplikasi AI lain.

    Aplikasi ini turut mempunyai mod suara yang membenarkan anda berbual dengannya seperti berbual dengan manusia. Fungsi ini dibina dengan kajian daripada model AI full-duplex dan menyokong perbualan secara natural. Ia masih lagi dalam fasa beta dan hanya ditawarkan di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand.

    Selain itu, ia mempunyai ciri memori yang akan ingat maklumat daripada perbualan anda, kemudian ia boleh diakses pada masa hadapan apabila ia diperlukan.

    Sebenarnya Meta AI bukanlah aplikasi yang baharu sepenuhnya, kerana ia sekadar menggantikan aplikasi View yang sebelum ini terdapat pada cermin mata pintar Ray-Ban Meta.

    Buat masa ini, aplikasi Meta AI masih belum ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Meta

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured