More

    realme 14T 5G akan dilancar di Malaysia pada 16 Mei 2025

    Selepas memperkenalkan siri realme 14 pada bulan lalu, kini realme Malaysia bakal melancarkan sebuah varian baharu pada bulan ini iaitu realme 14T 5G. Perkara ini disahkan di laman rasmi realme dalam Shopee, di mana ia turut menyenaraikan beberapa spesifikasi utama untuk peranti ini.

    realme 14T GT akan dilengkapi cipset kelas pertengahan MediaTek Dimensity 6300 5G, yang dibuat daripada nod proses 6nm dan mencatatkan markah penanda aras AnTuTu sebanyak 460,000 lebih. Ia juga dilengkapi bateri besar 6,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W.

    Skrinnya pula menggunakan panel AMOLED berukuran 6.67 inci dengan resolusi 1080 x 2400, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 2,000 nits. Untuk audio pula, ia dilengkapi pembesar suara stereo.

    Untuk kegunaan gaming, ia mempunyai fungsi GT Boost untuk meningkatkan prestasi sewaktu bermain game, serta fungsi Bypass Charging yang tidak akan mengecas bateri jika anda bermain game sambil menghubungkan telefon ini dengan palam pengecas.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP+2MP di belakang, dan kamera 16MP di hadapan.

    Rekaannya menawarkan dua pilihan warna iaitu ungu Lightning Purple dan hitam Obsidian Black. Ia turut mempunyai rating kalis air IP69 yang bermaksud ia boleh tenggelam sehingga paras 2.5 meter selama 30 minit.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured