More

    Samsung Galaxy S25 Edge mungkin akan dilancar pada bulan ini

    Sejak pelancaran siri Galaxy S25 pada awal tahun, Samsung telah mengacah pelancaran Samsung Galaxy S25 Edge yang bakal mempunyai rekaan paling nipis dalam siri telefon ini. Spesifikasinya telah pun tertiris sebelum ini dan kini tarikh pelancarannya pula didedahkan oleh pengkhabar berita teknologi yang ternama.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Evan Blass, Samsung Galaxy S25 Edge akan dilancar pada hari Selasa, 13 Mei 2025, kemudian akan mula dijual secara rasmi untuk pasaran Korea Selatan dan China pada 23 Mei.

    Untuk pasaran antarabangsa pula, telefon ini dijangka akan mula dijual pada 30 Mei. Blass sebenarnya ada memuat naik dokumen yang membuktikan tarikh pelancaran ini ke dalam X, namun dokumen tersebut terpaksa dipadam kerana terdapat pertikaian daripada pemilik dokumen tersebut.

    Perlu diingati bahawa ini bukanlah tarikh rasmi daripada Samsung. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...