More

    Bermula 2026, Apple mungkin lancarkan iPhone dua kali setahun

    Sebelum ini, Apple selalunya menganjurkan satu sahaja acara pelancaran untuk melancarkan iPhone baharu setiap tahun, di mana acara tersebut menunjukkan varian iPhone standard serta varian Pro, serupa seperti pelancaran siri iPhone 16 pada tahun lalu. Sungguh pun begitu, corak pelancaran iPhone mungkin akan berubah dengan drastik bermula tahun hadapan.

    Menurut sumber, bermula 2026, Apple akan menganjurkan dua acara pelancaran iPhone dalam setahun. Satu acara pelancaran akan dilakukan pada musim luruh di Amerika Syarikat (sekitar September hingga Disember), manakala satu lagi acara akan dilakukan pada musim bunga (sekitar Mac hingga Mei).

    Apple dikhabar akan memisahkan pelancaran antara iPhone standard dengan iPhone Pro di antara dua pelancaran tersebut. Jika benar, ini bermaksud pada tahun hadapan, iPhone 18 dan iPhone 18 Plus akan dilancar pada musim luruh, manakala iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max akan dilancar pada musim bunga.

    Satu lagi sebab mengapa Apple ingin melakukan dua acara pelancaran setahun adalah kerana syarikat itu ingin menjadikan varian iPhone e (seperti iPhone 16e) yang mampu milik sebagai varian yang kerap dilancar, bukan seperti iPhone SE yang hanya disegarkan semula sekali dalam tempoh beberapa tahun.

    Apple juga dikhabar akan melancarkan telefon lipat iPhone Fold pada 2026 dan ia turut mempengaruhi jadual pelancaran iPhone pada tahun tersebut. Memandangkan jumlah iPhone yang lebih banyak untuk dilancar, wajar untuk Apple pisahkan pelancarannya sebanyak dua kali.

    Perlu diingati bahawa ini bukanlah maklumat rasmi daripada Apple. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple Insider

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured