More

    Malaysia bakal jadi negara pertama terima siri HONOR 400

    Selepas melancarkan HONOR 400 Lite pada bulan lalu, kini HONOR Malaysia mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan siri HONOR 400 pula untuk pasaran tempatan. Apa yang lebih menarik adalah Malaysia bakal jadi negara pertama yang menyaksikan pelancaran siri HONOR 400, menunjukkan Malaysia sebagai pasaran yang penting untuk HONOR.

    HONOR mengatakan telefon ini dilengkapi Next-Gen AI Imaging bagi menawarkan prestasi fotografi yang dipertingkat dengan bantuan kecerdasan buatan (AI). HONOR masih belum mendedahkan reka bentuk telefon ini, namun mereka telah berkongsi poster acahan (teaser) yang menunjukkan bonggol kameranya, terdiri daripada tiga lensa dalam warna kelabu.

    Selain itu, HONOR juga masih belum mengesahkan jika ia mempunyai varian standard dan Pro. Apa-apa pun, kita akan ketahui lebih lanjut apabilalebih banyak maklumat akan didedahkan pada 8 Mei 2025.

    Sebelum ini, HONOR 400 Lite telah dilancar untuk pasaran Malaysia dan dijual pada harga bermula RM1,299, di mana ia dilengkapi kamera utama 108MP dan teknologi pengimejan AI. Kami menjangkakan harga siri HONOR 400 yang mendatang ini lebih mahal sedikit berbanding HONOR 400 Lite. Beberapa spesifikasinya juga sudah tertiris pada minggu lalu.

    HONOR 400 Lite

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured