Maybank mengumumkan bahawa beberapa perkhidmatan perbankannya akan dihentikan buat sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan. Penggantungan ini akan berlangsung pada dua hari iaitu pada 10 Mei 2025 dan 17 Mei 2025.
Pertama sekali, semua perkhidmatan mesin ATM akan dihentikan pada jam 12:00am hingga 8:00am pada hari Sabtu 10 Mei dan Sabtu 17 Mei.
Kemudian, beberapa fungsi perbankan internet akan dihentikan pada 3:00am hingga 8:00am dalam dua hari yang sama. Berikut adalah senarai penuh untuk perkhidmatan Maybank yang akan tergendala dalam tempoh ini:

Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, para pelanggan dinasihatkan untuk melakukan sebarang transaksi mereka sebelum waktu penyelenggaraan yang telah disenaraikan.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Maybank







