More

    COMPUTEX 2025: GIGABYTE tampil membawa PC dipertingkat AI dalam “gaming” dan kreativiti digital

    GIGABYTE mencuri tumpuan di COMPUTEX 2025 melalui acara LEADING EDGE yang menampilkan barisan inovasi AI generasi baharu. Daripada laptop AI berprestasi tinggi, platform pengkomputeran canggih dan paparan imersif hingga binaan PC masa depan, GIGABYTE mempersembahkan ekosistem lengkap yang mentransformasikan pengalaman pengkomputeran pintar.

    Penampilan motherboard siri 800 dengan seni bina AI-enhanced D5 Bionic Corsa serta kad grafik terbaharu NVIDIA RTX 50 Series dan AMD Radeon RX 9000 Series, mengukuhkan lagi komitmen GIGABYTE terhadap prestasi AI moden. Untuk pengetahuan anda, GiMATE turut dibangunkan sebagai ejen AI pintar GIGABYTE yang mampu menjana imej secara on-premises daripada teks atau gambar. Ia menawarkan gabungan AI Power, AI Performance, AI Cooling, AI Audio, AI Voice dan AI Privacy.

    Antara barisan peranti yang membawa fungsi GiMATE adalah AERO X16 dengan pemproses AMD Ryzen AI dan ciri CoCreator, AORUS MASTER 16 & 18 yang berkuasa tinggi dan GAMING A16 PRO & A18 PRO yang nipis serta berprestasi tinggi. Paparan berkualiti tinggi, hayat bateri yang lama dan alat sokongan kreatif menjadikan peranti ini ideal untuk gamer dan pencipta kandungan.

    GIGABYTE turut memperkenalkan platform AI berskala tinggi seperti AI TOP 500 TRX50 dan Z890, monitor berinovasi tinggi seperti FO27Q5P (monitor OLED gaming 500Hz terpantas di dunia) dan MO27U2 (monitor OLED 4K 240Hz pertama di dunia). Bukan itu sahaja, GIGABYTE membangunkan M27Q2 dengan paparan yang menyerlah bersama resolusi QHD 200Hz, ketepatan warna 98% DCI-P3 dan sistem penyejukan empat sisi.

    Barisan STEALTH ICE pula memperkenalkan rekaan PC tanpa kabel yang anggun dan mesra pengguna. Terdapat juga berita gembira untuk anda di mana, beberapa produk di atas akan masuk ke pasaran Malaysia. Ketahui lebih lanjut di laman web rasmi GIGABYTE untuk spesifikasi penuh peranti-peranti di atas.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...