More

    Peranti PROMETHEUS dengan RAM 16GB + spesifikasi ‘flagship’ tertinggi, benar atau tipu?

    Ini mungkin kali pertama anda mendengar jenama ini. Sebenarnya, jenama PROMETHEUS di bawah syarikat Brandeis ini pernah mengeluarkan prototaip awal peranti mereka. Terkini, kelihatannya mereka sedang menjalankan kempen penjualan peranti PROMETHEUS dengan pelbagai spesifikasi flagship. Mungkin anda boleh menjamu mata sahaja untuk tidak terjebak dalam sebarang penipuan kempen.

    Antara spesifikasi flagship yang bakal menggegarkan dunia telefon pintar (jika ianya benar hadir) adalah RAM 16GB, storan sehingga 512GB dan ciri lampu flash Octa LED Ring Light pada tetapan kamera 108MP + 48MP (lensa ultra lebar). Turut hadir adalah kamera selfie sehingga 40MP, rating kalis air IP68, bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 65W atau pengecasan wayarles Qi 40W.

    Seperti flagship lain pada tahun ini, ia bakal dihuni cipset Snapdragon 865 dengan skrin Super AMOLED HDR10+ 6.5 inci 120Hz.

    Apa yang menarik perhatian kami adalah reka bentuk beraninya yang kelihatan ganas dan perkasa, tidak seperti telefon pintar biasa.

    Peranti ini dirancang untuk dijual dengan harga 1,000 USD (~RM4,262) dan bakal tersedia di pasaran pada November ini. Anda boleh mengunjungi laman web indiegogo untuk melihat maklumat lanjut mengenai kempen peranti ini.

    Perlu diingatkan sekali lagi bahawa memandangkan terdapat reaksi negatif warganet, anda diminta untuk berhati-hati terhadap sebarang janji manis kempen (lebih baik hanya menjamu mata sahaja). Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured