More

    Google bakal bina pusat data “hyperscale” di Port Dickson bernilai RM9.5 bilion

    Google mengumumkan pelaburan besar bernilai AS$2 bilion atau kira-kira RM9.5 bilion untuk membina pusat data hyperscale (mega) dan hab awan pertamanya di Malaysia. Tapak terpilih adalah di Springhill, Port Dickson yang merupakan lokasi strategik berhampiran infrastruktur tenaga dan sumber air.

    Anak syarikat Google, Pearl Computing Malaysia, membeli tanah seluas 389 ekar daripada Gamuda Berhad dengan nilai RM455 juta. Gamuda juga akan membangunkan loji rawatan air dan infrastruktur bernilai RM1.01 bilion yang dijangka siap menjelang 2028.

    Pusat data akan menyokong perkhidmatan utama Google seperti Gmail, YouTube dan Google Cloud di rantau ini. Ia juga penting dalam pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital negara. Menurut MITI, projek ini dijangka membuka ribuan peluang pekerjaan bernilai tinggi serta menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.

    Dengan pelaburan ini, Malaysia semakin kukuh sebagai hab data serantau seiring langkah negara menjadi ekonomi digital utama menjelang 2030. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bloomberg

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured