More

    Shopee naikkan caj SPayLater kepada penjual daripada 3.5% kepada 4.5% mulai hari ini

    Terbaharu, Shopee secara rasmi telah mengumumkan kenaikkan caj SPayLater untuk penjual daripada 3.5% kepada 4.5% untuk semua pesanan yang telah selesai. SPayLater membolehkan pembeli membayar secara ansuran antara 1 hingga 24 bulan tetapi penjual tiada pilihan untuk mematikan ciri ini dan ia diaktifkan secara automatik oleh sistem.

    Selain itu, caj 4.5% ini turut dikenakan cukai SST sebanyak 8% yang meningkatkan lagi kos keseluruhan kepada penjual. Ini bukan kali pertama Shopee menaikkan caj. Ogos lalu, kadar transaksi umum dinaikkan daripada 2% kepada 3.5%.

    Kini, dengan SPayLater dinaikkan kepada 4.5%, ramai penjual mempertimbangkan untuk menaikkan harga produk atau beralih ke platform lain. Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada Shopee mengenai sebab kenaikan ini.

    Penjual disarankan menyemak strategi harga dan operasi agar kekal mampan di platform. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured