More

    Google mengemas kini ikon ‘G’ buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun

    Google sekali lagi membuat perubahan pada logo aplikasinya dengan memperkenalkan rekaan yang lebih segar dan moden. Logo baharu ini mengekalkan ciri-ciri ikonik jenama Google tetapi diberi nafas baharu melalui penggunaan gradien warna yang lebih dinamik.

    Jika sebelum ini logo Google menggunakan warna asas iaitu merah, kuning, biru dan hijau yang kelihatan rata, versi terbaharu ini menampilkan peralihan warna yang lebih halus terutamanya pada huruf “G” yang menjadi simbol utama jenama tersebut.

    Perubahan ini bukan sekadar untuk menambah nilai estetik, tetapi juga bertujuan memastikan logo tersebut lebih mudah dikenali pada pelbagai saiz skrin peranti. Google menjelaskan bahawa rekaan minimalis ini selari dengan evolusi jenama mereka yang semakin moden dan mesra pengguna.

    Selain itu, logo baharu ini diharapkan dapat memberikan kesan yang lebih hidup dan menarik berbanding versi sebelumnya. Namun, ada juga yang lebih selesa dengan logo lama yang dianggap lebih ringkas dan ikonik. Perubahan ini dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat pada semua aplikasi Google dalam masa terdekat.

    Adakah anda lebih menyukai rekaan baharu ini atau masih terikat dengan nostalgia logo sebelumnya? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5Google

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured