More

    Xiaomi umum cip telefon pintar pertama buatan sendiri – XRING 01

    Xiaomi secara rasmi mengumumkan cip pemproses telefon pintar pertama yang dibangunkan secara dalaman yang dinamakan XRING 01. Ini sekaligus menandakan langkah penting dalam usaha syarikat itu untuk membina ekosistem teknologi yang lebih berdikari dan bersepadu. Pengumuman dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun, menerusi platform Weibo.

    Cip XRING 01 dibina berasaskan proses fabrikasi 4nm TSMC N4P dan dijangka membuat kemunculan pertama dalam model Xiaomi 15s yang bakal dilancarkan pada hujung Mei ini. Ia menggunakan konfigurasi lapan teras dalam susunan 1+3+4 dengan satu teras Cortex-X925 pada 3.2GHz, tiga teras Cortex-A725 pada 2.6GHz dan empat teras Cortex-A520 pada 2.0GHz.

    Cip ini menggunakan GPU Imagination Technologies IMG DXT72 yang beroperasi pada 1.3GHz dengan prestasi yang dikatakan setara atau melebihi Adreno 740 dalam SD 8 Gen 2. Meskipun cip ini berada dalam kelas berprestasi tinggi, Xiaomi tidak menyasarkan XRING 01 untuk bersaing terus dengan cip ultra-premium seperti Snapdragon 8 Gen 4 atau Dimensity 9400.

    Sebaliknya, fokus diberikan kepada keseimbangan antara prestasi, kecekapan tenaga dan kos dengan sasaran utama pada segmen hampir flagship. Pendekatan ini juga membolehkan Xiaomi mengoptimumkan prestasi cip dengan perisian mereka sendiri termasuk MIUI dan HyperOS.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...