More

    ASUS Malaysia lancar Vivobook S14 dan S16 dengan ciri AI baharu, bermula RM3,199

    ASUS Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran rasmi dua model komputer riba baharu iaitu Vivobook S14 dan Vivobook S16 yang bakal ditawarkan dalam pasaran tempatan bermula 19 Mei 2025. Kedua-dua model ini hadir sebagai peranti “AI-ready” dengan harga bermula RM3,199.

    Dipasarkan dalam dua saiz iaitu 14 inci (S3407CA/VA) dan 16 inci (S3607VA), siri Vivobook S kali ini menampilkan rekaan moden dan nipis dengan ketebalan hanya 1.59cm serta berat serendah 1.39kg. Ia dikuasakan pemproses Intel Core Ultra generasi terbaru (sehingga Ultra 7 Series 2) digandingkan dengan Intel AI Boost, memori RAM DDR5 sehingga 16GB dan storan PCIe 4.0 SSD sebesar 1TB.

    Antara penambahbaikan utama termasuk kehadiran butang khusus Copilot bagi capaian pantas ke pembantu AI Microsoft, sistem pembatalan hingar ASUS AI, teknologi video 3D Noise Reduction (3DNR) dan paparan anti-silau IPS dengan kadar segar semula sehingga 144Hz serta nisbah aspek 16:10. Skrin juga menawarkan nisbah skrin-ke-badan setinggi 89% lengkap dengan sistem audio Dolby Atmos.

    Ciri lain yang ditawarkan termasuk bateri dengan jangka hayat sehingga 20 jam dan sokongan pengecasan pantas, sambungan WiFi 6, kamera FHD IR dengan sokongan Windows Hello dan pengatup fizikal privasi serta integrasi Microsoft Phone Link untuk perkongsian fail, mesej dan panggilan telefon mudah alih terus dari komputer riba.

    Daripada segi sambungan, Vivobook S14 dan S16 hadir dengan dua port USB-C (dengan sokongan paparan dan pengecasan), dua port USB-A, port HDMI 1.4 dan bicu audio 3.5mm. Model ini ditawarkan dalam dua warna iaitu Cool Silver dan Matte Gray.

    Harga rasmi yang diumumkan oleh ASUS Malaysia adalah seperti berikut:

    • Vivobook S14 (S3407VA/S3607VA) – RM3,199
    • Vivobook S14 (S3407CA) – RM4,099 (hanya dalam warna Cool Silver)
    • Model Copilot+ dengan Snapdragon X (S3407QA/S3607QA) – Akan hadir pada Julai 2025

    Untuk maklumat lanjut atau spesifikasi penuh, and boleh melayari laman rasmi ASUS Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...