More

    Pengumuman harga rasmi di Malaysia: Black Shark 3 Pro RM4,199 dan Black Shark Bluetooth Earphones RM399 – sedia dijual 4 Jun 2020

    Sepertinya, peminat teknologi telah lama bersedia untuk varian peranti Black Shark Pro setelah Black Shark 3 dilancarkan di Malaysia pada hujung April lalu. Terkini, Black Shark Malaysia telah mengumumkan harga rasmi Black Shark 3 Pro dan Black Shark Bluetooth Earphones sempena pelancarannya pada 4 Jun 2020 (esok).

    Harga rasmi Black Shark 3 Pro varian RAM 12GB + ROM 256GB ialah RM4,199, manakala Black Shark Bluetooth Earphones ialah RM399. Sepintas lalu, Black Shark 3 Pro hadir dengan ciri gaming Master Trigger, skrin AMOLED 7.2 inci dan pelbagai ciri gaming lain untuk pengalaman gaming yang imersif. Anda boleh menyemak spesifikasinya di pautan ini.

    Untuk penjimatan, anda boleh membeli Black Shark 3 Pro pada dua hari pertama pelancarannya (4 Jun dan 5 Jun). Penawaran promosi hadiah adalah seperti yang dinyatakan di bawah.

    • Hari Pertama – 80 pembeli pertama akan membawa pulang pakej hadiah bernilai sehingga RM600. Pakej termasuklah Black Shark Gamepad 2.0 Left Side, Gamepad Holder 3.0, Perlindungan Skrin Pecah 1 Tahun dan Produk Misteri Khas Black Shark.
    • Hari Kedua  – 70 pembeli pertama akan menerima pakej hadiah bernilai sehingga RM500. Pakej termasuklah Black Shark FunCooler, Perlindungan Skrin Pecah 1 Tahun and Produk Misteri Khas Black Shark.

    Sebagai tambahan, 10 pembeli pertama akan menerima baucar Shopee bernilai RM100 selepas menyambar Black Shark 3 Pro. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman rasmi Shopee Black Shark.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured