More

    Acer FreeSense Ring dan AI TransBuds dilancar, peranti untuk kesihatan dan terjemahan

    Sempena acara komputer antarabangsa Computer 2025 di Taiwan pada minggu ini, Acer melancarkan dua peranti boleh pakai baharu iaitu cincin pintar Acer FreeSense Ring dan fon telinga wayarles Acer AI TransBuds.

    Acer FreeSense Ring

    Cincin pintar ini mempunyai pelbagai fungsi kesihatan canggih yang dipakejkan dalam sebuah peranti yang sangat kecil dan ringan. Ia mempunyai sensor biometrik yang boleh mengukur kadar degupan jantung, keragaman degupan jantung, tahap oksigen darah dan kualiti tidur.

    Ia dibina dengan aloi titanium yang ringan dan boleh digunakan bersama aplikasi khas untuk menilai kesihatan anda. Antara fungsi yang ditawarkan termasuklah analisa fasa tidur (sleep stage analysis), penjejakan berterusan dan penjagaan kesihatan yang proaktif.

    Acer mengatakan pengguna boleh mengakses semua data yang diukur oleh cincin ini tanpa sebarang yuran langganan.

    Acer AI TransBuds

    Fon telinga wayarles ini mempunyai berat yang ringan dan kompak, serta bertujuan memudahkan komunikasi pelbagai bahasa. Dengan menghubungkannya kepada telefon pintar atau tablet, ia bertindak sebagai penterjemah yang dikuasakan oleh AI.

    Untuk perbualan di antara dua orang, setiap orang hanya perlu memakai sebelah sahaja fon telinga ini untuk memudahkan penterjemahan. Ia juga menyokong fungsi kapsyen langsung (live captioning), transkripsi dan semakan semula sebarang perbualan.

    Buat masa ini, ia menyokong penterjemahan untuk 15 bahasa popular di benua-benua Asia, Amerika dan Eropah.

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai harga dan keberadaan kedua-dua peranti ini untuk pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured