Nampaknya realme bukan sahaja akan melancarkan realme GT 7 pada 27 Mei 2025 nanti, malah syarikat teknologi itu akan melancarkan satu lagi varian iaitu realme GT 7 Dream Edition.
Perkara ini dikongsi oleh realme Global dalam sebuah gambar acahan (teaser), di mana ia menunjukkan seperti kenderaan F1 yang ditutup bawah kain. realme masih belum berkongsi sebarang maklumat rasmi mengenai telefon ini, namun mereka akan memberi maklumat lanjut pada 20 Mei nanti.
Start the Engine of Your Dreams.
— realme Global (@realmeglobal) May 16, 2025
realme GT 7 Dream Edition is coming soon!
May 20th.#realmeGT7DreamEdition#realmeGT7Series #2025FlagshipKiller pic.twitter.com/MQwZB4siAF
Untuk realme GT 7 pula, setakat ini beberapa spesifikasi yang sudah disahkan termasuklah cipset MediaTek Dimensity 9400e, bateri 7,000mAh dan kadar pengecasan pantas 120W.
Selain telefon pintar, realme akan turut melancarkan fon telinga wayarles realme Buds Air7 Pro TWS pada hari yang sama.
The future of sound is here.
— realme (@realmeIndia) May 15, 2025
The realme Buds Air 7 Pro is all set to say bonjour to the world — live from Paris.
Global Launch | 27th May | 1:30 PM IST
📍 Paris, France#realmeBudsAir7Pro
Know More: https://t.co/OCGK0OfI3V pic.twitter.com/5VldMBVhwM
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk-produk baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







