More

    MG MGS5 EV kini dibuka untuk tempahan, harga bermula RM109,900 termasuk pengecas

    MG Motor Malaysia membuka tempahan untuk model elektrik terbaharu MGS5 EV dengan harga promosi serendah RM109,900 untuk 500 pembeli terawal. Tawaran ini termasuk pengecas rumah jenis wallbox 7kW secara percuma yang menjadikannya antara SUV elektrik paling berbaloi dalam pasaran tempatan.

    Model segmen-B ini ditawarkan dalam dua varian iaitu COM dan LUX dengan dua pilihan bateri, 49kWh dan 62kWh. Varian COM dengan bateri 49kWh mampu mencapai jarak sehingga 340km manakala 62kWh memberi jarak hingga 430km mengikut standard WLTP. Semua varian menggunakan pacuan roda belakang (RWD) dengan kuasa 170PS dan tork 250Nm.

    Pengecasan pantas DC 150kW turut disokong untuk varian LUX yang membolehkan 10% hingga 80% dicapai dalam hanya 26 minit. Ciri menarik termasuk lampu LED, sistem sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto, skrin infotainmen 12.8 inci, kamera 360 darjah dan MG iSMART.

    Varian LUX menambah elemen premium seperti bumbung matahari, tempat duduk laras kuasa, stereng berpemanas, pengecas tanpa wayar dan pintu belakang automatik. Harga rasmi bermula daripada RM115,900 hingga RM135,900, namun pembeli terawal menerima diskaun pelancaran RM6,000.

    Setiap pembelian disertakan waranti tujuh tahun tanpa had perbatuan untuk kenderaan, lapan tahun atau 180,000km untuk bateri dan lapan tahun atau 160,000km untuk motor serta unit kawalan. Orang ramai boleh mencuba sendiri MGS5 EV di jerayawara “Dare to Love” yang berlangsung di Mid Valley Megamall dari 20 hingga 25 Mei.

    Model-model MG lain seperti MG5, MG4, MG HS dan MG Cyberster turut dipamerkan dengan rebat tunai sehingga RM5,000 dan ansuran fleksibel serendah RM974 ditawarkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MG Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan EV ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...