More

    HONOR MagicBook Pro 14 dan Pad 10 turut rasmi di Malaysia, harga bermula RM1,499

    Selain pelancaran siri HONOR 400, HONOR Malaysia juga mengumumkan pelancaran rasmi HONOR MagicBook Pro 14 dan Pad 10 dalam pasaran Malaysia yang menawarkan gabungan prestasi tinggi, rekaan premium dan ciri-ciri pintar berasaskan AI.

    HONOR MagicBook Pro 14

    HONOR MagicBook Pro 14 hadir dengan bateri besar 92Wh yang merupakan antara terbesar dalam kategori 14 inci dan menawarkan hayat sehingga 12 jam. Ia menyokong pengecasan pantas SuperCharge 100W dan pengecasan berbalik untuk peranti HONOR lain seperti telefon atau tablet. Ia turut menyokong perkongsian fail wayarles merentas iOS, Android dan Windows.

    Skrinnya menggunakan OLED sentuh 14.6-inci 2.8K (3120×2080), kecerahan 700 nits, kadar segar semula 120Hz, gamut warna DCI-P3, pemalapan PWM 4320Hz, mod cahaya semula jadi dan mod e-buku. Peranti ini disahkan bebas kelipan dan cahaya biru rendah. HONOR MagicBook Pro 14 dikuasakan Intel Core Ultra 5 225 dengan mod prestasi 65W.

    Ciri pintar termasuk HONOR Workstation, HONOR Connect, HONOR Notes dan HONOR Device Clone untuk pengalaman kerja dan kolaborasi merentas peranti yang lancar. Dengan berat hanya 1.37kg dan ketebalan 15.9mm serta rekaan melengkung unik, ia sesuai untuk kegunaan mudah alih dalam urusan kerja atau pembelajaran.

    HONOR Pad 10

    HONOR Pad 10 tampil dengan paparan 12.1 inci 2.5K beresolusi 2560×1600 piksel, sokong gamut warna DCI-P3, kadar segar semula dinamik 120Hz dan nisbah skrin-ke-badan 88%. Teknologi AI Dynamic Display dan AI Ultra Picture Engine pula memastikan paparan kekal jelas dan hidup dalam pelbagai situasi.

    HONOR turut melengkapkan Pad 10 dengan lima ciri perlindungan mata menerusi HONOR Eye Protection Technology. Tablet ini dipacu cip Snapdragon 7 Gen 3 digandingkan bersama storan SSD 32GB dan 1TB serta disokong bateri 10,100mAh dengan pengecasan pantas 35W HONOR SuperCharge.

    Reka bentuknya kekal ringan dan nipis dengan berat hanya 525 gram dan 6.29mm tebal. Ini dicapai melalui rekaan bingkai 270° yang fleksibel dan binaan tahan lasak menggunakan bahan gred aeroangkasa. Aplikasi HONOR Notes turut dilengkapi fungsi AI Summary dan AI Smart Layout. Dengan kombinasi kuasa, kecekapan dan ciri pintar, HONOR Pad 10 dijangka menjadi pilihan utama pengguna yang mencari tablet serbaguna dan lengkap.

    Tablet HONOR Pad 10 akan mula dijual mulai 30 Mei 2025 dan hadir dalam dua warna iaitu Azure dan Kelabu dengan harga RM1,499. HONOR menyertakan aksesori penting bersama tablet ini termasuk Smart Bluetooth Keyboard dan HONOR Pencil serta percuma HONOR CHOICE Active Noise Canceling Headphone.

    "
    "

    Komputer riba HONOR MagicBook Pro 14 pula akan tersedia pada 13 Jun dalam warna Moonlight White dengan harga RM4,999. Beli peranti itu dan dapatkan langganan satu tahun kepada Microsoft 365 Personal dan beg galas dengan nilai keseluruhan RM508. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured