More

    TechLife lancar Pad Neo dan Smart Watch P1 di Malaysia, harga bermula RM299

    TechLife, jenama gaya hidup digital bawah realme telah melancarkan dua peranti baharu untuk pasaran Malaysia dengan tablet TechLife Pad Neo dan jam tangan pintar Smart Watch P1, masing-masing ditawarkan pada harga mampu milik RM599 dan RM299.

    Tablet Pad Neo

    TechLife Pad Neo hadir dengan paparan 10.1 inci HD+ dan dikuasakan cip MediaTek Helio G80, dipadankan dengan RAM 8GB dan tambahan RAM maya 8GB. Ruang storan 256GB turut disediakan bersama sokongan kad microSD sesuai untuk penggunaan multimedia dan kerja ringan.

    Tablet ini menyokong rangkaian LTE serta dilengkapi sistem pembesar suara stereo dan bicu audio 3.5mm. Ia hadir dengan bateri 6000mAh, menyokong pengecasan 10W serta fungsi pengecasan berbalik (reverse charging) 5W melalui USB-C. Ia dilengkapi kamera hadapan 5MP dan kamera utama 13MP. Pad Neo ditawarkan dalam pilihan warna Storm Grey dan Sky Blue.

    Smart Watch P1

    Sementara itu, TechLife Smart Watch P1 hadir dengan skrin AMOLED 1.43 inci bersama fungsi Always-On Display. Ia dibina dengan rangka aloi zink bergaya dan menyokong lebih 100 muka jam termasuk pilihan untuk menggunakan gambar sendiri melalui aplikasi OnWear Pro.

    Antara ciri utama jam ini termasuk sokongan panggilan Bluetooth, pembantu AI ChatGPT, GPS terbina dalam, pemantauan kesihatan seperti kadar jantung, SpO2, tidur, tekanan dan lebih 100 mod sukan. Ia juga menyokong penjejakan kitaran haid, kawalan suara, fungsi buang air (water ejection) dan ketahanan air 5ATM dengan penarafan IP68. Smart Watch P1 ditawarkan dalam warna hitam dan hijau dengan jangka hayat bateri sehingga 5 hari.

    Sempena pelancaran TechLife Pad Neo dan Smart Watch P1 di Malaysia, TechLife menawarkan promosi menarik dari 22 hingga 24 Mei 2025. Pembelian Pad Neo (RM599) melalui Shopee, Lazada atau TikTok Shop akan menerima sarung pelindung dan papan kekunci Bluetooth secara percuma. Untuk 30 pembeli terawal, tambahan beg simpanan dan pen stilus juga diberikan dengan keseluruhan nilai hadiah mencecah RM426.

    Pembeli juga boleh mendapatkan Clips On Earbuds 2 pada harga RM59 (harga asal RM99) menerusi tawaran PWP. Manakala untuk pembelian luar talian bermula 24 hingga 31 Mei, pelanggan masih akan menerima sarung dan papan kekunci percuma tetapi tanpa hadiah tambahan. Smart Watch P1 (RM299) turut menyertai kempen ini dengan tawaran Earbuds (RM59) tetapi tanpa hadiah percuma.

    Kedua-dua peranti kini boleh didapati di semua pengedar sah realme dan kedai rasmi TechLife di platform seperti Shopee, Lazada serta TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti yang ditawarkan oleh TechLife dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured