More

    MSI perkenal Claw A8 BZ2EM dikuasakan cip AMD Ryzen Z2 Extreme di Computex 2025

    MSI telah melancarkan penambahan terbaru dalam barisan peranti permainan mudah alih mereka menerusi model Claw A8 BZ2EM sempena acara Computex 2025. Menandakan perubahan ketara daripada model terdahulu yang dikuasakan Intel, versi terkini ini kini hadir dengan cip pemproses AMD Ryzen Z2 Extreme.

    Claw A8 BZ2EM mengekalkan skrin sentuh IPS 8 inci, namun kini tampil lebih mantap dengan sokongan Variable Refresh Rate (VRR) sehingga 120Hz dan tahap kecerahan maksimum mencecah 500 nits. Ia dilengkapi bersama cip Ryzen Z2 Extreme ialah GPU AMD Radeon 890M dan RAM DDR5 sehingga 24GB.

    Storan peranti menampilkan SSD PCIe 4.0 x4 M.2 2280 sebesar 1TB dengan slot kad microSD untuk ruang tambahan. Ciri sambungan pula meliputi dua port USB4 Type-C, bicu audio 3.5mm, pembaca cap jari, sokongan Bluetooth dan Wi-Fi. Ia juga dilengkapi bateri berkapasiti 80Wh.

    MSI Claw A8 BZ2EM menggunakan Windows 11 Home dan didatangkan bersama MSI Center M iaitu pelancar baru yang menawarkan antara muka lebih mesra pengguna, tetapan pantas boleh suai dan sokongan makro lanjutan. Tambahan, ia turut menyertakan joystick dan pencetus berasaskan Hall Effect bagi ketepatan input yang lebih konsisten serta pembesar suara stereo menghala ke depan.

    Model ini akan tersedia dalam dua pilihan warna seperti putih dan hijau. Namun, MSI masih belum mendedahkan harga rasmi dan tarikh ketersediaan peranti ini. Buat masa ini, belum dapat dipastikan sama ada model ini akan memasuki pasaran Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MSI

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured