fbpx
More

    Siri HONOR Play4 dilancarkan: Kirin 990, pengecasan 40W, fungsi pengukuran suhu bermula ~RM1,080

    HONOR telah melancarkan siri Play4 di China pada hari ini yang terdiri daripada HONOR Play4 dan HONOR Play4 Pro. Antara beza utama di antara kedua-dua varian tersebut adalah pada cipset, di mana HONOR Play4 Pro dilengkapi cipset Kirin 990 manakala HONOR Play4 pula dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 800.

    Yang menarik tentang Play4 Pro juga adalah ia menampilkan fungsi ukuran suhu yang pertama dalam industri telefon pintar. Ia boleh digunakan untuk mengukur suhu manusia, haiwan dan pelbagai objek serta mampu mengukur di antara -20°C hingga 100°C. Untuk mengukur suhu, telefon tersebut perlu diletakkan hampir dengan objek yang ingin diukurkan.

    Selain itu, HONOR Play4 Pro juga mempunyai element ‘mecha‘ yang menampilkan garisan-garisan mekanikal dan corak tekstur sarang lebah. HONOR Play4 Pro juga bekerjasama dengan Honkai Impact 3 untuk melancarkan tiga jenis warna, biru Mecha Blue, Icelandic Illusion dan hitam Magic Night.

    Berikut adalah spesifikasi HONOR Play4 Pro:

    • Skrin LCD 6.57 inci dengan nisbah skrin ke badan sebanyak 91.46%
    • Cipset Kirin 990
    • RAM 8GB + ROM 128GB
    • Kamera belakang: Kamera utama 40MP + kamera telefoto 8MP
    • Kamera hadapan: Kamera 32MP + kamera ultra-lebar 8MP
    • Bateri 4,200mAh, menyokong pengecasan pantas 40W
    • Pengimbas cap jari di bahagian sisi
    • Fungsi pengukuran suhu inframerah
    • Warna: biru Mecha Blue, Icelandic Illusion dan hitam Magic Night
    • Harga: 2,899 yuan (~RM1,740), 2,999 yuan (~RM1,800) untuk versi pengukur suhu

    Berikut adalah spesifikasi HONOR Play4:

    • Cipset MediaTek Dimensity 800
    • RAM 6/8GB + ROM 128GB
    • Kamera belakang: Kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar 8MP + sensor kedalaman 2MP + kamera makro 2MP
    • Bateri 4,300mAh, menyokong pengecasan pantas 22.5W
    • Sistem penyejukan cecair VC
    • Warna: hitam Phantom Night Black, biru Phantom Blue dan Iceland Phantom
    • Harga: 1,799 yuan (~RM1,080) untuk RAM 6GB, 1,999 yuan (~RM1,200) untuk RAM 8GB

    Masih tiada maklumat tentang keberadaannya untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki HONOR Play4 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Ingin cuba Galaxy AI? Datang ke “escape room” Samsung di Semua House KL!

    Samsung Malaysia kini sedang menganjurkan pameran khas Galaxy AI-Volution di Semua House, Kuala Lumpur dan menjemput anda untuk cuba sendiri fungsi Samsung...

    Apple HomePod Gen-2 & HomePod mini akan dilancar di Malaysia pada 10 Mei ini...

    Apabila bercakap mengenai produk audio Apple, kebanyakan rakyat Malaysia lebih mengenali produk AirPods. Siri Apple HomePod yang telah lama wujud selama untuk...

    Harga Infinix GT 20 Pro 5G untuk pasaran Malaysia didedah bermula RM1,299

    Infinix GT 20 Pro 5G yang akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Mei ini tetapi butiran lanjut masih belum didedahkan oleh syarikat...

    Google Play Store kini boleh memuat turun dua aplikasi serentak

    Baru-baru ini, Google telah memperkenalkan peningkatan kecil namun ketara pada Google Play Store yang membolehkan pengguna memuat turun dua aplikasi serentak pada...

    Pengguna TNG eWallet dan MyPB kini boleh buat pembayaran QR melalui Alipay+ di Hong...

    Pengguna Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet) dan MyPB oleh Public Bank Berhad kini berpeluang untuk membuat pembayaran QR dengan lancar di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X