More

    Pra-tempahan realme GT 7 kini dibuka, deposit serendah RM20 sahaja!

    Jika anda berminat dengan telefon pintar flagship realme GT 7 Series yang akan dilancar untuk pasaran Malaysia pada hari esok (27 Mei 2025), anda boleh buat pra-tempahan awal yang telah pun dibuka.

    Pra-tempahan boleh dilakukan dengan harga serendah RM20 sahaja, dan setiap pra-tempahan akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM1,097. Ini termasuklah rebat RM100, tongkat selfie, perlindungan skrin retak selama 1 tahun dan lanjutan jaminan selama 1 tahun.

    Pra-tempahan untuk siri realme GT 7 boleh dilakukan di kedai-kedai realme Brand Stores berhampiran. Buat masa ini, harga rasmi untuk siri realme GT 7 Series masih belum diketahui.

    Siri telefon ini terdiri daripada dua varian utama iaitu realme GT7 dan realme GT7T. realme GT7 merupakan telefon pertama dalam Malaysia yang dilengkapi pemproses MediaTek Dimensity 9400e dan menawarkan prestasi yang sangat pantas untuk telefon tahun ini.

    realme GT7 turut dilengkapi bateri 7,000mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas 120W. Rekaannya mempunyai konsep IceSense untuk pelesapan haba yang efektif, manakala kameranya mempunyai fungsi AI Travel Snap yang memudahkan pengambilan gambar sewaktu bercuti.

    Sementara itu, realme GT7T menampilkan pemproses MediaTek Dimensity 8400-MAX, bateri 7,000mAh dan pengecasan pantas 120W juga. Ia turut mempunyai rekaan IceSense, manakala kameranya boleh merakam video dalam resolusi 4K 60fps.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured