More

    Reka bentuk iPhone dijangka berubah setiap tahun mulai iPhone 17

    Apple dilaporkan merancang untuk memperkenalkan perubahan reka bentuk iPhone setiap tahun sehingga 2027 bermula dengan iPhone 17 pada tahun 2025. Menurut maklumat terkini, Apple akan melaksanakan perubahan besar dalam reka bentuk untuk sekurang-kurangnya tiga generasi iPhone akan datang.

    Pada tahun 2025, iPhone 17 dijangka menampilkan modul kamera belakang yang lebih lebar dengan lensa masih disusun di sebelah kiri tetapi denyar LED, mikrofon dan sensor LiDAR mungkin dipindahkan ke sebelah kanan. Terdapat juga perbincangan mengenai kemungkinan reka bentuk dwi-tona di bahagian belakang telefon.

    Pada tahun 2026, iPhone 18 dijangka menghapuskan modul berbentuk pil yang biasa untuk kamera depan dan Face ID, menggantikannya dengan lubang kecil (punch-hole) untuk kamera swafoto sahaja. Teknologi Face ID yang dipasang di bawah skrin juga dijangka diperkenalkan pada model ini.

    Menjelang tahun 2027, iPhone 19 dijangka menjadi iPhone pertama yang benar-benar mempunyai skrin penuh tanpa takuk atau potongan dengan kedua-dua kamera swafoto dan sensor Face ID dipasang di bawah skrin.

    Walaupun teknologi kamera di bawah skrin masih dalam perkembangan dan mungkin belum setanding dengan kamera tradisional daripada segi kualiti imej, Apple nampaknya bersedia untuk mengambil langkah berani ini dalam evolusi reka bentuk iPhone.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured