More

    WhatsApp kini tersedia secara rasmi untuk iPad

    Selepas bertahun-tahun menanti, WhatsApp kini secara rasmi hadir untuk pengguna iPad. Ia diumumkan menerusi blog rasmi WhatsApp yang menandakan satu lagi langkah penting dalam pengembangan ekosistem pemesejan paling popular dunia itu.

    Aplikasi WhatsApp untuk iPad ini menyokong semua fungsi utama seperti pemesejan, panggilan suara, video, perkongsian media dan pemindahan fail. Kesemuanya kini boleh diakses menerusi antara muka yang dioptimumkan untuk paparan lebih besar.

    Versi ini turut menawarkan ciri baharu seperti panggilan kumpulan sehingga 32 peserta, perkongsian skrin dan penggunaan kedua-dua kamera hadapan serta belakang semasa panggilan video. Kesemua fungsi ini menjadikan iPad sebagai peranti komunikasi yang lebih serba boleh untuk kegunaan peribadi mahupun profesional.

    Selain itu, WhatsApp untuk iPad direka bagi menyokong penuh fungsi multitugas iPadOS seperti Split View, Slide Over dan Stage Manager. Aplikasi ini juga serasi dengan Magic Keyboard dan Apple Pencil. WhatsApp untuk iPad juga menggunakan teknologi berbilang peranti yang membolehkan penyelarasan mesej, panggilan dan fail merentasi iPhone, Mac serta peranti lain dengan penyulitan hujung ke hujung yang terus dikekalkan.

    Ciri tambahan seperti kunci sembang (chat lock) juga diperkenalkan untuk perlindungan privasi terutamanya jika iPad dikongsi bersama ahli keluarga. Aplikasi ini kini boleh dimuat turun terus daripada App Store dan boleh digunakan sama ada secara bebas atau disambungkan kepada akaun WhatsApp utama di telefon pintar.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Unifi TV tawar semua 104 perlawanan Piala Dunia FIFA 2026, pas bermula RM50

    Telekom Malaysia (TM) mengumumkan bahawa perkhidmatan Unifi TV akan menjadi penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia. Unifi TV akan menyiarkan...

    Elon Musk: Angkasa lepas mungkin jadi lokasi termurah untuk pusat data AI masa depan

    Elon Musk berpendapat angkasa lepas berpotensi menjadi lokasi paling murah untuk menjalankan pusat data kecerdasan buatan (AI) pada masa hadapan ketika permintaan...

    OpenAI rancang ubah ChatGPT menjadi aplikasi super dengan pelbagai fungsi

    OpenAI dilaporkan sedang merancang rombakan besar untuk ChatGPT bagi mengubahnya menjadi sebuah “superapp” yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam satu aplikasi. Perubahan tersebut...

    Meta dikesan bangunkan semula teknologi imbas wajah untuk cermin mata pintar

    Kod yang dipercayai berkaitan teknologi pengecaman wajah ditemui dalam aplikasi Meta AI yang digunakan bersama cermin mata pintar Meta, menurut laporan terbaharu....

    Malaysia perkenal pasport 10 tahun RM350 — Ini apa yang anda perlu tahu

    Malaysia secara rasmi memperkenalkan pasport 10 tahun dengan kadar baharu RM350 bagi warganegara berumur 18 hingga 59 tahun, berkuat kuasa selepas diwartakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...