More

    Apple uji kamera 200MP, iPhone bakal alami perubahan ketara

    Apple dilaporkan sedang menguji sensor kamera 200MP untuk model iPhone masa depan bagi menambah baik keupayaan fotografi secara drastik. Teknologi ini turut dikaitkan dengan sistem aperture berubah-ubah yang membolehkan pengguna mengawal pendedahan dan kedalaman medan secara lebih tepat mirip kamera profesional.

    Sumber dari Weibo mendakwa Apple juga mempertimbangkan penggunaan sensor 3-layer stacked daripada Samsung bagi menggantikan sensor Sony sedia ada yang mampu meningkatkan prestasi kamera dalam pelbagai situasi pencahayaan. Namun, tiada kepastian sama ada teknologi ini akan dilancarkan seawal iPhone 18 pada tahun 2026.

    Sementara itu, iPhone 17 dijangka diumumkan September ini dengan beberapa perubahan ketara. Model Pro dan Pro Max bakal tampil dengan bar kamera mendatar di belakang yang menggantikan susun atur segi empat tradisional. Ia akan menempatkan tiga kamera belakang 48MP termasuk lensa utama, ultra lebar dan telefoto Tetraprism bersama sokongan rakaman 8K serta fungsi tangkapan video berganda.

    Kamera hadapan juga dinaik taraf kepada 24MP bagi semua varian. Satu lagi model baharu, iPhone 17 Air, akan menjadi peranti paling nipis dalam sejarah iPhone dengan ketebalan hanya 5.5mm dan berat sekitar 145 gram. Ia dilengkapi satu kamera belakang 48MP, kamera swafoto 24MP dan skrin 6.6 inci 120Hz.

    Apple dijangka melaksanakan rombakan reka bentuk dan teknologi iPhone secara berperingkat sepanjang tiga tahun akan datang, bermula dengan iPhone 17. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo 1|2

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured