More

    Microsoft lancarkan “cloud region” pertama di Malaysia, percepatkan Transformasi Digital negara

    Microsoft semalam telah melancarkan rantau awan (cloud region) untuk wilayah Malaysia Barat iaitu rantau awan pertama syarikat itu dalam Malaysia. Ini merupakan titik penting dalam menyokong masa depan digital negara dan pembangunan kecerdasan buatan (AI).

    Rantau awan yang terletak dalam wilayah Kuala Lumpur Raya ini menawarkan tiga zon yang membenarkan pertubuhan-pertubhan dalam Malaysia untuk mengakses perkhidmatan awanan (cloud services) yang berskala, berdaya saing, kurang kependaman (low latency) dan mempunyai tahap keselamatan tinggi.

    Infrastruktur ini akan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti Microsoft Azure, Microsoft 365 dan lain-lain perkhidmatan perusahaan dan produktiviti. Ini selari dengan matlamat kerajaan Malaysia untuk menjadi peneraju dalam perkhidmatan digital dan AI serantau.

    Petronas merupakan rakan kongsi utama untuk inisiatif ini, di mana mereka akan bekerjasama dengan Microsoft untuk memajukan transformasi digital mereka sendiri dan memupuk inovasi AI. Lain-lain syarikat tempatan yang akan bekerjasama dengan Microsoft termasuklah TNG Digital, SIRIM Berhad, SCICOM, FinHero dan Senang.

    Menurut kajian oleh International Data Corporation (IDC), wilayah Malaysia Barat mampu menjana pendapatan (revenue) sehingga USD10.9 bilion sepanjang empat tahun hadapan dan mencipta lebih 37,000 peluang pekerjaan, termasuklah 6,000 tugas-tugas IT yang berkemahiran tinggi.

    Microsoft turut mengumumkan BINA AI Malaysia iaitu sebuah inisiatif kebangsaan yang ditujukan khas untuk mempercepat kesiapsiagaan AI Malaysia. Ia merangkumi pelan untuk menubuhkan Pusat Inovasi AI Negara Microsoft dan menjadikannya hab penggunaan AI, pusat pembangunan bakat serta kolaborasi merentas industri.

    Pusat inovasi ini dibangunkan bersama EY Malaysia, Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) di bawah Kementerian Digital dan Pusat Kepimpinan Petronas, dan dibina daripada pelaburan Microsoft sebanyak USD2.2 bilion untuk Malaysia seperti yang diumumkan pada 2024.

    Selain itu, Microsoft akan meneruskan inisiatif AI Demi Masa Depan Malaysia (AIForMYFuture) yang diperkenalkan pada Disember 2024, di mana ia bertujuan melengkapkan 800,000 rakyat Malaysia dengan kemahiran-kemahiran AI pada hujung 2025.

    "
    "

    Buat masa ini, 400,000 individu daripada pelbagai sektor telah menerima latihan daripadanya. Ini termasuklah sektor kerajaan, syarikat besar dan syarikat kecil sederhana (PKS), syarikat pemula, institusi pendidikan, golongan memerlukan dan juga pekerja am.

    Antara rakan-rakan kongsi yang menjayakan inisiatif ini termasuklah Biji-biji Initiative, Persekutuan Wanita Antarabangsa bagi Perdagangan dan Industri Malaysia (IWFCIM), iTrain, PEOPLElogy, Pepper Labs, Urusetia Majlis TVET Negara (MTVET) dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured