More

    Aplikasi Taobao Malaysia kini boleh digunakan dalam Bahasa Melayu

    Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, perkhidmatan e-dagang Taobao kini menawarkan antara muka (UI) dalam Bahasa Melayu, dalam usahanya untuk meluaskan perkhidmatannya kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Ia juga dilancarkan sewaktu jualan pertengahan tahun 618 Mid-Year Sale bagi memudahkan lebih ramai orang membeli-belah.

    Ini merupakan bahasa UI terbaharu untuk Taobao Malaysia, selepas Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Ia turut menawarkan beberapa fungsi baharu seperti Image Search, di mana pengguna boleh mencari sebarang produk dengan memuat naik gambar ke Taobao. Mereka juga menawarkan Coins Cashback dan New User Deals untuk harga serendah RMB1 (~RM0.62).

    Taobao Malaysia juga ingin menyokong perusahaan tempatan. Sebelum ini, mereka menganjurkan pelbagai program seperti LiveNOW, sebuah inisiatif latihan yang disiarkan secara langsung dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri dan institusi pendidikan. Sejak pelancarannya, inisiatif ini telah melatih lebih 500 pengacara langsung (livestreamers) dan pengusaha digital, kebanyakannya dari masyarakat berpendapatan rendah.

    Sebagai sebahagian daripada sambutan 618, Taobao Malaysia akan menawarkan pelbagai promosi bermula 28 Mei sehingga 20 Jun pukul 11:29 malam, seperti:

    • Penghantaran melalui laut secara percuma untuk pesanan melebihi Â¥199 (~RM116) dengan Coins Cashback
    • Peluang menyertai pertandingan Spend & Win Air Tickets to Seoul, dengan kerjasama RHB Bank
    • Diskaun pembayaran sehingga RM68
    • Kod promo diskaun sehingga 50%
    • Jualan kilat (flash sales) harian, dan diskaun produk sehinga 15%

    Aplikasi Taobao boleh dimuat turun secara percuma dari Apple App Store dan Google Play. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan UI Bahasa Melayu dalam Taobao dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured