More

    Infinix AI Buds dilancar di Malaysia: Fon telinga boleh terjemah 162 bahasa berharga RM399

    Infinix Malaysia hari ini melancarkan fon telinga wayarles terbaru iaitu Infinix AI Buds yang bukan sahaja boleh memainkan muzik, malah boleh membuat penterjemahan secara langsung untuk memudahkan anda berbual dengan orang yang menutur berlainan bahasa.

    Fon telinga ini menyokong penterjemahan untuk 162 bahasa seluruh dunia. Ia menggunakan enjin Infinix CogLabs AI untuk menyediakan penterjemahan yang cepat dan tepat, serta membenarkan fungsi transkripsi ucapan-ke-teks untuk merekod mesyuarat atau kuliah.

    Rekaannya juga menarik, dengan skrin sentuh pada bekas pengecasnya di mana anda boleh kawal muzik, volume dan lain-lain tetapan. Ia turut memaparkan waktu, tahap bateri serta membenarkan anda menghalusi tetapan audio seperti tahap pembatalan hingar (noise cancellation).

    Bercakap tentang pembatalan hingar, ia mempunyai gabungan pembatalan hingar aktif (ANC) dan pembatalan hingar persekitaran (ENC) yang boleh membatalkan bunyi bising di sekeliling anda sehingga 45dB.

    Baterinya pula boleh bertahan sehingga 36 jam (ANC mati) atau sehingga 25 jam jika ANC diaktifkan. Pada masa hadapan, ia akan menerima fungsi pembantu AI bernama Folax yang akan membenarkan anda ubah tetapan fon telinga ini dengan hanya memberi arahan suara.

    Infinix AI Buds akan dijual untuk pasaran Malaysia pada harga RM399 dan ia ditawarkan dalam pilihan warna putih atau kelabu. Ia boleh didapati dalam kedai-kedai Infinix Brand Stores atau secara dalam talian di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured