More

    CIMB: Sistem MyDebit bakal alami gangguan berjadual pada Jun ini

    CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad hari ini memaklumkan bahawa perkhidmatan MyDebit akan mengalami gangguan sementara berikutan penyelenggaraan sistem berjadual pada lima tarikh sepanjang Jun 2025.

    Gangguan tersebut akan menjejaskan transaksi menggunakan kad debit CIMB yang melibatkan sistem MyDebit sepanjang tempoh yang dinyatakan. Dalam satu notis rasmi bertarikh 30 Mei, pihak CIMB menyenaraikan tarikh-tarikh terlibat seperti berikut:

    • 7 Jun 2025 (Sabtu) – 12:00 tengah malam hingga 8:00 pagi
    • 11 Jun 2025 (Rabu) – 12:00 tengah malam hingga 5:00 pagi
    • 12 Jun 2025 (Khamis) – 12:00 tengah malam hingga 5:00 pagi
    • 15 Jun 2025 (Ahad) – 12:00 tengah malam hingga 8:00 pagi
    • 21 Jun 2025 (Sabtu) – 12:00 tengah malam hingga 8:00 pagi

    Pelanggan CIMB yang merancang melakukan transaksi pada tarikh berkenaan dinasihatkan untuk membuat persediaan awal atau menggunakan saluran alternatif sepanjang tempoh gangguan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CIMB

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured