More

    Anda dijemput ke acara PUBG MOBILE x Attack on Titan di Kuala Lumpur, pelbagai aktiviti menarik menanti

    Game mudah alih popular PUBG MOBILE kini sedang menganjurkan acara khas sempena kolaborasi dengan siri anime popular Attack on Titan. Para peminat game ini dijemput hadir ke pameran PUBG Mobile x Attack on Titan yang akan berlangsung di pusat beli-belah Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur sehingga 2 Jun 2025.

    Ia juga diadakan sempena kemas kini PUBG MOBILE versi 3.8 “Dawn of the Steam Era” yang menggabungkan imej ikonik daripada Attack on Titan dan estetika steampunk ke dalam PUBG MOBILE, bagi membawa kandungan yang menarik kepada para pemain.

    Di acara ini, para pengunjung boleh menyertai pelbagai misi menarik seperti:

    • Misi 1: Jenis Senjata Kegemaran – Undian Fizikal: Peserta akan mengundi senjata kegemaran mereka dalam permainan dan menunjukkan ketepatan mereka dengan membaling bola berwarna ke dalam lubang pilihan.
    • Misi 2: Zon Main Sekarang!: Pengguna baharu PUBG MOBILE boleh memuat turun permainan dan menerima tunjuk ajar selama 5 minit daripada jurulatih yang mesra bagi memulakan pengalaman bermain mereka. Pemain sedia ada hanya perlu menunjukkan akaun mereka kepada kakitangan untuk melengkapkan misi.
    • Misi 3: Mini Photo Booth AOT: Bergambar di Mini Photo Booth ‘Attack on Titan’, kemudian muat naik gambar tersebut ke Instagram Stories sambil menanda akaun rasmi PUBG MOBILE dan menggunakan kapsyen “PUBG MOBILE x AOT in Velocity.”
    • Misi 4: Kuiz Bunyi Senjata: Ujian sebenar buat peminat tegar — peserta perlu meneka jenis senjata hanya berdasarkan bunyi yang didengari.

    Peserta yang melengkapkan semua misi di atas akan menerima pelekat eksklusif serta peluang untuk memutar roda hadiah. Anda juga boleh dapatkan satu peluang tambahan untuk memutar roda, dengan mengikuti akaun media sosial rasmi PUBG MOBILE. Antara hadiah yang boleh dimenangi termasuklah Unknown Cash (UC) dalam permainan bernilai RM5 hingga RM100 (60-1800 UC) serta barangan edisi terhad.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan mengunjung ke acara ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...