More

    TikTok haramkan tanda pagar #SkinnyTok secara global – Ini apa yang anda perlu tahu

    TikTok mengesahkan bahawa mereka telah mengharamkan penggunaan hashtag #SkinnyTok di seluruh dunia. Langkah ini diambil berikutan tekanan daripada kerajaan Perancis yang membimbangi trend tersebut berpotensi mempromosikan gangguan pemakanan seperti anoreksia di kalangan remaja perempuan.

    Hashtag #SkinnyTok dikaitkan dengan lebih daripada setengah juta video yang memaparkan kandungan yang boleh membahayakan kesihatan mental dan fizikal golongan muda. Menteri Digital Perancis, Clara Chappaz, telah melaporkan isu ini kepada pengawal selia audiovisual negara, Arcom, dan juga kepada Kesatuan Eropah dengan menekankan bahawa algoritma TikTok mungkin menyasarkan pengguna yang paling terdedah kepada kandungan berbahaya ini.

    Arcom kini sedang mengumpulkan data untuk menilai sejauh mana TikTok telah mengambil langkah-langkah untuk menangani isu ini. Sebagai tindak balas, TikTok menyatakan bahawa mereka telah menghapuskan kandungan yang mempromosikan penurunan berat badan yang berbahaya dan kini menyertakan amaran maklumat pada hantaran yang berkaitan dengan gangguan pemakanan.

    Sejak tahun 2015, perbuatan menggalakkan atau mempromosikan anoreksia merupakan satu kesalahan jenayah di Perancis. Orang yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara dan/atau denda. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Euractiv

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured