More

    Malaysia bakal jadi tuan rumah Smart City Expo KL 2025, pertama di Asia Tenggara

    Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara menjadi tuan rumah Smart City Expo Kuala Lumpur 2025 (SCEKL25) yang akan berlangsung pada 17 hingga 19 September 2025.

    Acara ini merupakan versi serantau kepada Smart City Expo World Congress Barcelona dan dijangka menarik lebih 2,000 delegasi serta 10,000 pengunjung yang akan menghimpunkan pemimpin industri, inovator teknologi dan penggubal dasar dari seluruh dunia.

    Bertemakan “AI Cities: Shaping Our Digital Future”, ekspo ini dianjurkan oleh MDEC dan Digital Nasional Berhad (DNB) di bawah seliaan Kementerian Digital dengan sokongan rakan strategik seperti Dell Technologies, Intel, HUAWEI dan Ericsson.

    SCEKL25 memfokus kepada empat teras iaitu Bandar AI, Bandar Lestari, Keusahawanan Digital dan Pemerkasaan Komuniti melalui teknologi. Acara ini selari dengan sasaran Malaysia untuk menjadi negara pintar menjelang 2040 serta menyokong pelaksanaan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN (MPAC 2025) sempena Kepengerusian ASEAN tahun ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...