More

    CelcomDigi perkenal pelan prabayar 5G baharu dengan kuota besar, internet tanpa had bermula RM25/bulan

    CelcomDigi hari ini mengumumkan penstrukturan semula pelan prabayarnya menerusi pelancaran dua siri baharu iaitu Prepaid 5G NX dan Prepaid 5G UV yang masing-masing ditawarkan pada harga serendah RM25 dan RM30. Tawaran ini direka bagi memenuhi keperluan pengguna yang mengutamakan kuota besar atau internet tanpa had.

    Prepaid 5G NX

    Untuk pengguna yang mengutamakan pengalaman internet berkelajuan tinggi dengan kuota data yang besar, pelan Prepaid 5G NX ditawarkan dalam dua pilihan:

    • NX 25 – RM25 sebulan, termasuk 40GB data 5G/4G dan kuota hotspot penuh.
    • NX 35 – RM35 sebulan, menawarkan 100GB data 5G/4G serta kuota hotspot.

    Kedua-dua pelan ini turut disertakan dengan panggilan tanpa had ke semua rangkaian tempatan dan tempoh sah 30 hari.

    Prepaid 5G UV

    Bagi pengguna yang lebih mengutamakan akses tanpa had, pelan Prepaid 5G UV menyediakan sambungan internet berterusan dengan polisi penggunaan saksama (FUP):

    • UV 30 – RM30 untuk internet tanpa had (FUP 100GB), panggilan tanpa had dan hotspot tanpa had sah selama 28 hari.
    • UV 40 – RM40 untuk internet tanpa had (FUP 200GB), turut merangkumi panggilan dan hotspot tanpa had.

    Walaupun pelan UV menawarkan akses tanpa had, had kelajuan dan FUP ditetapkan bagi memastikan prestasi rangkaian kekal stabil untuk semua pengguna. Pelanggan sedia ada Celcom atau Digi boleh menaik taraf ke pelan-pelan ini melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi. Maklumat lanjut berkenaan pelan prabayar baharu ini boleh didapati di laman rasmi CelcomDigi di sini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured