More

    Apple umum iOS 26 dengan antara muka “Liquid Glass”, AI lebih pintar dan CarPlay dipertingkat

    Apple secara rasmi memperkenalkan iOS 26 iaitu kemas kini sistem operasi iPhone paling besar dalam sedekad menerusi acara WWDC 2025. Kemas kini ini menampilkan reka bentuk baharu dinamakan Liquid Glass yang membawa elemen kaca lut sinar dan animasi halus ke seluruh antara muka. Ia merupakan satu perubahan visual paling ketara sejak iOS 7.

    iOS 26 juga memperkenalkan Apple Intelligence, sistem kecerdasan buatan peranti yang menyokong ciri seperti Live Translation dalam panggilan dan mesej, ringkasan pintar, Call Screening dan Hold Assist yang membolehkan AI menunggu di talian untuk pengguna. Fungsi AI ini eksklusif untuk iPhone 15 Pro, iPhone 16 dan peranti dengan cip A17 Pro atau Apple Silicon (M1 ke atas).

    Dalam aplikasi Phone dan Messages, Apple memperkenal susun atur baharu, undi dalam mesej, latar belakangsembang tersuai serta ciri Apple Cash terus dalam perbualan. Aplikasi Wallet kini menyokong ansuran dan kad ganjaran sementara Apple Maps menambah fungsi Visited Places dan navigasi airport interaktif.

    Pengalaman hiburan turut dipertingkat dengan Apple Music kini mempunyai lirik bersuara dan AutoMix manakala aplikasi baharu Apple Games, menyatukan permainan serta acara Apple Arcade di satu tempat. CarPlay pula menyokong Live Activities dan balasan pantas mesej dalam kereta.

    iOS 26 kini tersedia dalam versi beta untuk pembangun dengan pelancaran penuh dijadualkan September ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured