More

    Hampir 160,000 kandungan dipadam pada platform Facebook, YouTube dan Tiktok kerana berbahaya

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa sebanyak 159,518 kandungan berbahaya berkaitan judi dalam talian, penipuan, buli siber dan berita palsu telah dipadam oleh tiga platform utama media sosial iaitu Facebook, TikTok dan YouTube setakat semalam.

    Menurut laporan Bernama, pemadaman ini adalah sebahagian daripada 174,473 permintaan penghapusan kandungan yang telah dibuat sepanjang tahun ini. Sekitar 51% kandungan yang dipadam melibatkan judi dalam talian diikuti 25% berkaitan penipuan, 12% buli siber dan 9% berita palsu. Daripada jumlah tersebut:

    • 57% kandungan dipadam daripada Facebook
    • 28% daripada TikTok
    • 13% daripada YouTube

    Ketiga-tiga platform ini merangkumi hampir 95% daripada kandungan bermasalah yang dikenal pasti. Fahmi turut menyuarakan kebimbangan mengenai kandungan eksploitasi kanak-kanak yang masih wujud di ruang maya khususnya di Facebook. Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan kerangka pelesenan baharu bagi menjadikan platform digital lebih selamat.

    Beliau turut mengingatkan mengenai Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) 2024 yang bakal dikuatkuasakan tidak lama lagi selepas diluluskan Parlimen dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong. Akta ini memberi kuasa kepada MCMC untuk bertindak terhadap platform yang gagal mematuhi syarat keselamatan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured