More

    Bas dan lori komersial perlu guna alat had laju bermula Oktober 2025 – JPJ

    Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan penggunaan Speed Limitation Device (SLD) secara berperingkat ke atas kenderaan komersial termasuk bas ekspres dan bas pelancongan bermula 1 Oktober 2025.

    SLD merupakan alat kawalan had laju yang direka khas untuk mengehadkan kelajuan maksimum sesebuah kenderaan. Ia bertujuan sebagai langkah keselamatan penting bagi mengelakkan pemanduan melebihi had laju yang ditetapkan terutama bagi kenderaan berat dan yang membawa penumpang. Pelaksanaan penguatkuasaan ini melibatkan beberapa peringkat utama:

    1. Pengesahan Fungsi SLD (bermula 1 Oktober 2025)
    Semua kenderaan komersial seberat lebih 3,500kg yang didaftarkan mulai 1 Januari 2015 perlu mendapatkan pengesahan fungsi SLD dan laporan daripada pihak yang dilantik JPJ. Dokumen ini perlu diperbaharui setiap dua tahun dan disimpan dalam kenderaan untuk tujuan penguatkuasaan.

    2. Pengaktifan SLD dalam ECU (bermula 1 Januari 2026)
    Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 2015 dan mempunyai sistem SLD dalam Electronic Control Unit (ECU) diwajibkan untuk mengaktifkannya. Ini turut merangkumi kenderaan import terpakai dan bina semula. Pengesahan dan dokumen berkaitan juga perlu diperbaharui setiap dua tahun.

    3. Pemeriksaan COP di kilang (bermula April 2025)
    JPJ akan melaksanakan pemeriksaan Conformity of Production (COP) di kilang pemasangan bagi model yang memiliki Vehicle Type Approval (VTA) sejak 2015. Pemeriksaan ini bagi memastikan tetapan SLD mematuhi had laju kebangsaan sebelum dipasarkan.

    4. Pemasangan SLD Secara Retrofit (bermula 1 Julai 2026)
    Kenderaan komersial yang tidak dilengkapi dengan sistem SLD diwajibkan memasang peranti ini secara retrofit. Pemasangan dan pengesahan perlu dilakukan oleh pihak yang diiktiraf JPJ, termasuk:

    • Technical Service (TS) yang diiktiraf JPJ
    • Bengkel atau pusat servis bertauliah yang diiktiraf JPJ
    • Badan Persijilan yang diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia dan diiktiraf JPJ

    Dokumen pengesahan juga perlu diperbaharui setiap dua tahun dan sentiasa dibawa bersama dalam kenderaan. Langkah ini selaras dengan usaha kerajaan meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan kenderaan berat dan pengangkutan awam.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Menteri Pengangkutan Malaysia

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...