Kaspersky melancarkan Kaspersky eSIM Store iaitu platform baharu yang membolehkan pelancong menikmati sambungan internet mudah alih di lebih 150 negara dengan lebih 2,000 pelan data mampu milik tanpa perlu kad SIM fizikal atau risau caj perayauan.
Melalui kerjasama dengan penyedia global BNESIM, pengguna boleh memilih pelan mengikut negara, rantau atau global serta tetapkan tarikh pengaktifan mengikut jadual perjalanan. Pelan tersedia dalam bentuk tamat tempoh atau tanpa had masa (sehingga data habis).



Aplikasi dan laman web Kaspersky eSIM Store menawarkan antara muka mudah untuk pembelian, tambah nilai dan pemantauan penggunaan data masa nyata. Satu eSIM boleh digunakan untuk banyak negara dan hanya perlu dipasang sekali.
Platform ini juga mengurangkan keperluan untuk menggunakan Wi-Fi awam atau berkongsi maklumat peribadi dengan penjual SIM tempatan. Ia turut melengkapkan penyelesaian Kaspersky lain seperti VPN Secure Connection dan Kaspersky Premium. Kaspersky eSIM Store kini boleh diakses di laman rasmi Kaspersky, App Store dan Google Play.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







