More

    Meta lancar Oakley Meta HSTN – Kacamata pintar dengan rakaman 3K, bateri 8 Jam berharga ~RM2,120

    Meta secara rasmi melancarkan kacamata pintar terbaharu dengan Oakley Meta HSTN (disebut “HOW-stuhn”), sebagai lanjutan kepada Ray-Ban Meta. Menariknya kali ini adalah ia disasarkan untuk golongan atlet dengan beberapa penambahbaikan ketara.

    Antara ciri utama adalah keupayaan rakaman pandangan orang pertama (FPV) pada resolusi sehingga 3K, berbanding hanya 1080p pada model Ray-Ban sebelum ini. Ia juga dilengkapi lima mikrofon untuk tangkapan suara yang jelas dan pembesar suara Bluetooth terbina dalam. Penggunaan sepenuhnya boleh dilakukan secara bebas tangan melalui pembantu Meta AI.

    Pengguna boleh memulakan atau menghentikan rakaman, memainkan muzik, membuat panggilan, menghantar mesej serta bertanyakan soalan umum hanya melalui suara. Sebuah LED kecil di bahagian kanan kacamata berfungsi sebagai lampu indikator rakaman. Ciri kawalan juga disediakan menerusi pad sesentuh di tangkai kanan dan butang fizikal di bahagian atas.

    Oakley Meta HSTN hadir dengan penarafan kalis air IPX4 dan menawarkan hayat bateri sehingga 8 jam iaitu dua kali ganda lebih lama berbanding model Ray-Ban. Bekas pengecas yang disediakan mampu memanjangkan penggunaan sehingga 48 jam manakala pengecasan semula ke 50% hanya memerlukan masa 20 minit.

    Aplikasi Meta AI untuk iOS dan Android disediakan bagi mengurus tetapan, gambar dan video pengguna. Oakley Meta HSTN hadir dalam empat warna dengan Warm Grey, Black, Brown Smoke dan Clear serta lima pilihan kombinasi kanta, semuanya menyokong kanta preskripsi. Tempahan untuk edisi terhad bermula 11 Julai pada harga USD499 (~RM2,120).

    Meta juga akan meluaskan barisan kacamata pintar Oakley dengan model tambahan pada harga lebih mampu milik, bermula USD399 (~RM1,696) menjelang penghujung musim panas ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Meta

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...