More

    ASUS Malaysia anjurkan ASUS & ROG Fest 2025, diskaun untuk komputer sehingga RM800

    ASUS Malaysia bakal menganjurkan kempen ASUS & ROG Fest 2025 yang bakal menawarkan pelbagai promosi khas untuk komputer riba dan peranti-peranti ASUS dan ROG. Kempen ini akan berlangsung pada 3 Julai hingga 31 Ogos 2025 dan diadakan di pelbagai lokasi seluruh negara.

    Dalam kempen ini, ASUS menawarkan diskaun sehingga RM800 untuk pelbagai komputer riba, desktop dan aksesori, dan ia boleh didapati dari kedai-kedai yang menyertai kempen ini. Selain itu, pembelian untuk komputer riba ASUS atau ROG yang terpilih boleh menerima kredit Touch ‘n Go eWallet sehingga RM250.

    Pembeli telefon gaming ROG Phone 9 Series pula akan menerima kredit Touch ‘n Go eWallet sehingga RM400.

    Contoh komputer ASUS yang ditawarkan pada harga istimewa sewaktu kempen ini
    Kredit Touch ‘n Go eWallet yang boleh ditebus dengan setiap pembelian

    Di samping promosi-promosi di atas, ASUS menawarkan diskaun sehingga 79% sewaktu Happy Hour Promotions yang akan berlangsung pada 2PM-3PM dan 7PM-8PM di cawangan-cawangan ASUS/ROG terpilih.

    Promosi Happy Hour ini akan berlangsung di lokasi yang berlainan pada setiap minggu, jadi anda perlu ikuti ASUS Malaysia dan ROG Malaysia dalam media sosial untuk maklumat terkini.

    Senarai lokasi ASUS & ROG Fest 2025

    Anda boleh layari laman web ASUS & ROG Fest 2025 untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli komputer ASUS dalam promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured