More

    WhatsApp bangunkan ciri benarkan pengguna urus 2 akaun dalam satu aplikasi

    WhatsApp sedang membangunkan ciri baharu untuk iOS yang membolehkan pengguna mengurus berbilang akaun dalam satu aplikasi tanpa perlu menggunakan WhatsApp Business atau memiliki peranti tambahan.

    Dalam kemas kini beta iOS 25.9.10.70 dan 25.19.10.74, pengguna akan dapat menambah akaun kedua terus dari tetapan aplikasi sama ada dengan mendaftarkan nombor baharu atau memautkan akaun sedia ada melalui kod QR. Ciri ini akan memperkenalkan seksyen baharu dalam tetapan aplikasi yang memaparkan semua akaun yang telah didaftarkan dan lengkap dengan gambar profil dan nama untuk memudahkan pengecaman.

    Pengguna boleh bertukar akaun serta-merta tanpa perlu log keluar atau mulakan semula aplikasi. Setelah akaun lain dipilih, sejarah sembang dan tetapan khusus akaun tersebut akan dimuatkan serta-merta disertai dengan mesej pengesahan di bahagian bawah skrin untuk memaklumkan pertukaran telah berjaya dilakukan.

    WhatsApp turut membangunkan sistem notifikasi khas untuk mesej yang diterima di akaun sekunder. Notifikasi ini akan memaparkan nama penghantar dan nama akaun yang menerima mesej, bagi mengelakkan kekeliruan. Dengan hanya klik notifikasi tersebut, pengguna akan dibawa terus ke akaun dan perbualan yang berkaitan tanpa perlu menukar akaun secara manual.

    Ciri ini amat berguna bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu nombor telefon dan menggunakan teknologi eSIM untuk membolehkan pengurusan semua akaun dilakukan dari satu peranti secara lebih mudah dan efisien. Ciri ini masih dalam pembangunan dan akan diumumkan secara rasmi apabila siap sepenuhnya.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured