More

    Prototaip iPhone 13 mesra poket dengan skrin tanpa takuk dan port USB-C kini hadir

    Sementara arena teknologi masih lagi kehausan mengenai barisan siri iPhone 12 yang bakal dilancarkan tahun ini, internet sudah mula menerima khabar tidak rasmi mengenai barisan iPhone tahun 2021. Terkini, sebuah video protataip iPhone tahun 2021 (iPhone 13) telah dikongsikan oleh sumber, memperlihatkan reka bentuk yang menarik!

    Menurut sumber, prototaip ini ialah iPhone 5.5 inci tahun 2021. Apa yang menariknya, prototaip iPhone ini kelihatannya hadir dengan skrin tanpa takuk dan port USB-C. Sumber menjangkakan bahawa Apple mungkin akan mewujudkan port USB-C atau atau tiada port (mungkin dengan pengecasan wayarles).

    Skrin 5.5 inci tanpa takuk dilihat tidak mustahil kerana terdapat satu varian dalam barisan iPhone 12 yang bakal hadir dengan skrin 5.4 inci. Lebih menarik, iPhone 12 5.4 inci sebelum ini dikatakan iPhone dengan harga yang lebih mesra poket, jadi mungkin kita boleh beranggapan sama untuk iPhone 5.5 inci 2021. Melihat kepada tetapan kamera, ia mungkin hadir dengan 3 atau 4 kamera di belakang.

    Apa pun, prototaip ini bukanlah rekaan terakhir yang diterima oleh Apple. Sumber menjelaskan prototaip ini adalah salah satu rekaan yang dipertimbangkan oleh Apple sahaja. Adakah tahun 2021 menjadi penanda kepada rekaan iPhone tanpa takuk? Beritahu pandangan anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9To5Mac

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured