More

    Xiaomi integrasikan ekosistem mendalam Apple pada kereta elektriknya

    Xiaomi sekali lagi menggegarkan dunia automotif dengan pelancaran rasmi SUV elektrik terbaharunya dengan Xiaomi YU7. Selain memperkenalkan kenderaan serba canggih ini, Xiaomi turut mengumumkan naik taraf perisian yang menyokong pengguna peranti Apple secara lebih menyeluruh.

    Model baharu bersama model SU7 sebelum ini kini hadir dengan integrasi yang lebih mendalam untuk ekosistem Apple. Antara ciri menarik yang diperkenalkan ialah keupayaan untuk membuka kunci kereta secara digital menggunakan iPhone dengan syarat iPhone tersebut menyokong teknologi Ultra-Wideband (UWB).

    Lebih menarik, pengguna boleh mengawal beberapa fungsi kereta walaupun berada jauh dari kenderaan. Contohnya, anda boleh menghidupkan penghawa dingin sebelum masuk ke dalam kereta yang sesuai untuk cuaca panas di Malaysia. Bagi pengguna iPhone dengan butang “Action Button”, butang ini kini boleh diprogramkan untuk mengawal fungsi tertentu dalam kenderaan.

    Xiaomi Auto App juga telah dinaik taraf dan kini menyokong ciri Dynamic Island di iPhone. Sistem infotainmen dalam YU7 turut diperbaharui dengan sokongan lebih baik untuk Apple Music dan ciri CarPlay kini lebih selamat kerana memerlukan PIN sebelum boleh digunakan.

    Apple Watch juga mendapat perhatian yang membolehkan kawalan mudah ke atas fungsi kenderaan secara terus dari pergelangan tangan anda. Malah, iPad juga boleh dipasang di tempat duduk belakang untuk hiburan penumpang. Langkah Xiaomi ini menunjukkan keterbukaan syarikat dalam menawarkan sokongan kepada peranti pesaing.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured