More

    HONOR Magic V5 bakal dilengkapi kamera telefoto periskop 64MP

    Telefon lipat HONOR Magic V5 bakal dilancar pada 2 Julai ini di China dan dengan tarikh pelancaran yang semakin hampir, HONOR berkongsi lebih banyak maklumat mengenai telefon ini, seperti rekaan dan kenipisannya. Kini, HONOR berkongsi maklumat mengenai kameranya pula.

    Dalam satu kiriman di Weibo, HONOR mengatakan Magic V5 bakal dilengkapi kamera telefoto periskop 64MP yang mempunyai penstabilan imej optikal (OIS) dan menyokong fotografi makro. HONOR masih belum mengesahkan sejauh manakah kamera ini boleh melakukan zum optikal atau digital.

    Sebagai rujukan, HONOR Magic V3 sebelum ini mempunyai kamera telefoto 50MP yang boleh membuat zum optikal sejauh 3.5x dan zum digital sejauh 100x.

    Rekaan HONOR Magic V5

    Berdasarkan rekaan yang sudah ditunjukkan sebelum ini, Magic V5 bakal mempunyai tiga kamera di belakang. Selain kamera telefoto yang sudah disahkan, setakat ini masih tiada maklumat mengenai dua lagi kamera atau kamera hadapannya.

    Spesifikasi lain yang dikhabarkan untuk Magic V5 termasuklah cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite, skrin lipat 7.95 inci, skrin luaran 6.45 inci, bateri 6,100mAh, pengecasan pantas 66W dan pengecasan wayarles 50W.

    HONOR Malaysia sudah pun mengesahkan bahawa Magic V5 akan dilancar untuk pasaran Malaysia, namun tarikh pelancarannya masih belum diumumkan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured