More

    HONOR Magic V5 bakal dilancar di Malaysia tidak lama lagi, kini senipis 8.8mm

    HONOR bakal lancarkan telefon lipat HONOR Magic V5 di China pada 2 Julai 2025 dan kini syarikat teknologi China itu telah mendedahkan rekaannya. Mereka juga mengesahkan bahawa ia akan dilancar untuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat, namun tarikh spesifiknya masih belum diketahui.

    Seperti HONOR Magic V3 pada tahun lalu, Magic V5 mempunyai rekaan yang nipis, dengan ketebalan maksimum 8.8mm sahaja apabila ia dilipat.

    Sebagai rujukan, ini ialah ketebalan sama dengan HONOR Magic7 Pro iaitu telefon flagship dengan rekaan standard. Sungguh pun begitu, HONOR masih belum dedahkan ketebalan Magic V5 sewaktu skrinnya dibuka. Untuk Magic V3 pada tahun lepas, ia mempunyai ketebalan 9.3mm apabila dilipat dan 4.4mm apabila dibuka.

    Telefon ini bakal mempunyai warna emas, manakala di bahagian belakangnya terdapat permukaan bertekstur.

    Bonggol kameranya pula menempatkan tiga sensor, besar kemungkinan kamera utama, kamera ultra-lebar dan kamera telefoto periskop. Kamera telefotonya mungkin menggunakan sensor 200MP.

    HONOR masih belum umumkan spesifikasi penuh untuk telefon lipat ini. Ia dikhabarkan bakal mempunyai skrin utama 8 inci dan skrin luaran 6.45 inci, cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Leading Version, bateri 6,100mAh dan pengecasan pantas 66W.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    CelcomDigi kemas kini pas perayauan, harga bermula RM10 dan panggilan percuma

    CelcomDigi mengumumkan pengenalan pas perayauan (roaming) antarabangsa baharu yang ditawarkan pada harga bermula RM10 untuk pelanggan prabayar dan RM30 untuk pelanggan pascabayar....

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured