More

    Infinix XPAD 20 bakal dilancar secara rasmi di Malaysia pada 8 Julai ini

    Infinix bakal melancarkan tablet terbaharu dengan XPAD 20 secara rasmi dalam Malaysia pada 8 Julai ini. Peranti ini mengetengahkan teknologi AI pintar yang direka untuk memudahkan tugasan harian khususnya buat pelajar dan pengguna yang aktif bergerak.

    Antara keistimewaan XPAD 20 ialah Infinix AI iaitu satu sistem pintar yang dilengkapi dengan pembantu suara berasaskan AI (DeepSeek-R1). Ciri ini membolehkan pengguna mengawal tablet hanya dengan suara sahaja. Ia juga hadir dengan AI Screen Recognition iaitu fungsi yang membolehkan pengguna menyalin atau mengambil kandungan terus dari skrin.

    Satu lagi ciri menarik ialah AI Translation yang menawarkan terjemahan masa nyata dalam pelbagai bahasa yang sangat berguna dalam persekitaran berbilang bangsa seperti Malaysia. Daripada segi paparan, XPAD 20 menawarkan skrin 11 inci Full HD+ dengan resolusi 1200×1920 dan kadar segar semula 90Hz.

    Ia juga menerima pensijilan TÜV Rheinland untuk perlindungan mata. Untuk pengguna yang sering berada di luar, tablet ini menyokong sambungan 4G LTE selain slot dwi-SIM dan storan tambahan sehingga 1TB melalui kad microSD. Untuk maklumat lanjut tentang XPAD 20 atau perkembangan terkini Infinix, lawati laman rasmi serta saluran media sosial Infinix Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured